Manusia biasa pasti melakukan kesilapan. Tiada yang 100% sempurna. Mesti ada silap sikit di mana-mana. Cuma sedar dengan tidak saja. Dari itu, belajarlah daripada kesilapan. Betulkan mana yang silap. Hidup anda pasti bertambah baik.
Sama situasinya apabila anda menghadiri temuduga. Kali pertama ditemuduga, pasti terlalu banyak kesilapan yang dilakukan. Serba kekurangan. Terutamanya bagi lepasan SPM, STPM, diploma mahupun pemegang ijazah pertama.
Mulai sekarang, usah ulangi kesilapan yang tak sepatutnya. Sila betulkan mana-mana kesilapan berikut:-
1. Resume yang terlalu panjang
Pastikan kandungannya padat dan ringkas. Tidak melebihi 2 mukasurat. Resume anda tak sepatutnya mengandungi maklumat yang tiada kaitan langsung dengan jawatan yang dipohon.
Resume temuduga - Kerja-KerajaanDotCom
2. Bersikap sambil lewa/ambil mudah
Anda mesti serius dengan setiap sesi temuduga yang bakal dihadiri. Usah terlalu yakin yang anda pasti diterima mengisi kekosongan yang ada. Persaingan semakin sengit dari masa ke semasa. Buatlah persiapan secukupnya.
3. Berasa seram sejuk bila tiba giliran
Situasi ini biasa terjadi. Boleh dikatakan semua calon akan melaluinya. Cuma pastikan anda dapat mengawal rasa gemuruh atau seram sejuk. Usah biarkan ia menggagalkan usaha anda untuk beraksi lebih baik sepanjang proses temuduga.
4. Tiba lewat ke tempat temuduga
Elemen ketepatan masa amat penting. Menunjukkan anda seorang yang berdisiplin tinggi dan boleh dipercayai. Pastikan datang 15-30 minit lebih awal.
5. Memakai pakaian yang kurang/tidak sesuai
"First impression" amat penting dalam temuduga. Pakai pakaian yang formal, sopan serta kemas. Pemilihan warna juga memainkan peranan. Ketahui etika pemakaian semasa temuduga.
6. Mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir
Berfikir sebelum bercakap. Setiap pertuturan anda akan dinilai oleh panel. Jawab mengikut apa yang dikehendaki.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
0 comments:
Post a Comment