Pages

2
Boleh dikatakan semua orang akan menulis resume dengan bersandarkan contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume tanpa strategi yang menarik dan mampu memikat, ia sebenarnya adalah satu masalah. 

Masalah yang saya maksudkan ini adalah resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat. Hanya biasa-biasa saja. Kata orang, tiada x-factor.

Contoh mudah adalah seperti “menyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh menyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang betul. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. 




Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Bak kata juri, ada dinamik. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya. Atau dalam erti kata lain mendatar sahaja. Pastinya orang akan cakap bilalah dia ni nak habis menyanyi. Kalau lagu tak sedap, rasa macam lama aja. Huhuhu...

Sekarang, saya kaitkan pula dengar penulisan resume anda. Penulisan resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Gagal menarik perhatian bakal majikan yang melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik kepada resume anda. 

Di sini, misi anda adalah untuk mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi, anda perlulah mempromosikan diri anda sehabis baik agar bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul untuk menarik perhatian bakal majikan.

Ramai di antara kita yang menulis resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri. Tidak salah jika anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja. 




Jadi, lebih baik jika anda menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat. Ini bermakna anda menulis satu resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan resume sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk resume anda dipilih ke temuduga.

Anda perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi keperluan syarikat di dalam resume anda, pastikan jangan anda unsur-unsur penipuan. 

Anda mesti jujur dalam penulisan resume. Sebagus mana pun resume anda, tetapi jika ada unsur penipuan, anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih teruk lagi jika resume anda berjaya terpilih untuk ditemuduga nanti.

"Kantoinya berkali-kali ganda"

Kesimpulannya, lakukan kajian tentang kemahuan syarikat tempat anda memohon kerja terlebih dahulu. Kemudian barulah penuhi kemahuannya melalui resume anda. 

Contohnya seperti menjawab ujian ‘Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari jawapan di dalam buku. Anda dah tahu kemahuan setiap soalan, jadi tugas anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah bagaimana resume anda mampu memikat bakal majikan anda.

Betul tak?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara menulis resume yang memikat, sila layari laman web di bawah






#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Dalam melakukan apa jua perkara, usaha yang gigih saja belum mampu menjamin sesuatu kejayaan. Usaha tersebut mestilah disusuli dengan doa memohon perkenan Yang Maha Kuasa. Usahlah bersikap ego atau terlalu yakin anda pasti berjaya tanpa meminta dari-Nya.

Sehubungan ini, ada satu doa khas yang boleh anda baca ketika menghadiri sesi temuduga kerja iaitu :-


Wahai Tuhanku,

Saya memohon pertolongan dengan Mu dan saya menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untukku kesukaran pekerjaanku dan mudahkanlah untukku kesukaran perjalananku dan rezekikanlah daku kebajikan lebih banyak dari yang saya minta dan palingkanlah daripadaku segala kejahatan.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku. Wahai Tuhanku, bahawasanya saya memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu diriku, agamaku, ahliku dan kerabat-kerabatku dan segala nikmat yang telah saudari/saudara berikan kepadaku dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mahupun mengenai dunia, peliharakanlah kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang mulia.

Saya akui kesucian Mu wahai Tuhanku.

Amin.....


Sebaik-baiknya anda berdoalah dengan penuh adab dan yakin. Mudah-mudahan doa anda ini dimakbulkan. InshaAllah...


P.S: Doa ini saya petik dari ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan versi percuma. Bagi versi penuh dan terbaru (versi 4), anda boleh dapatkannya hanya di laman web rasmi kerja-kerajaan




#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#

Asyik terlepas tips temuduga? Sila masukkan emel anda pada ruangan di bawah untuk memperoleh tips terkini:

Dibawakan khas oleh FeedBurner