Tak kenal maka tak cinta. Ungkapan ini sering kita dengar ketika bertemu dengan seseorang yang belum dikenali. Samalah konsepnya apabila berdepan dengan panel penemuduga. Bukannya disuruh bercinta tetapi anda perlu menambat hati mereka dengan membuktikan anda adalah calon paling layak untuk mengisi jawatan yang dipohon.
Buat permulaan, sila jaga adab anda ketika memperkenalkan diri:-
1. Bila tiba giliran anda untuk ditemuduga, pastikan ketuk pintu terlebih dahulu.
2. Setelah mendapat keizinan, barulah anda masuk ke dalam ruangan temuduga.
3. Beri salam atau ucapan selamat kepada semua panel yang berada di situ.
4. Pastikan anda bersemangat dan usah lokek untuk melemparkan senyuman.
5. Hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan dengan panel yang ada. Pastikan anda berjabat tangan dengan erat.
6. Anda hanya perlu duduk jika disuruh atau dipersilakan duduk oleh panel. Duduk tegak dengan kedudukan tangan mesti berada di bawah siku. Letakkan tangan pada peha.
7. Tunjukkan bahawa anda seorang yang peka dengan mencondongkan badan ke hadapan sedikit.
Dengan mempamerkan adab sopan, sebenarnya ia menunjukkan anda seorang yang menghormati orang lain. Bila anda menghormati orang lain, orang lain juga akan menghormati anda.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
0 comments:
Post a Comment