Penemuduga yang bakal menemuduga anda juga manusia biasa. Lain orang tentulah lain sifat dan karakternya. Ada yang peramah, lemah lembut, selamba, tegas, garang mahupun kasar.
Contoh panel penemuduga
Sebagai calon, anda perlulah persiapkan mental dan fizikal. Mesti berupaya menyerap tekanan yang bakal ditempuhi. Gunakan kebijaksanaan anda semasa berhadapan situasi tertentu.
Ikuti tip berkenaan jika anda berdepan dengan panel yang agak kasar;
1. Sentiasa berfikiran terbuka dan positif
Anggaplah panel tersebut bersikap sedemikian kerana bersebab. Beliau sengaja mahu menguji tahap kemampuan anda. Terutamanya apabila bekerja di bawah tekanan tinggi. Begitu juga dengan reaksi spontan anda semasa berdepan dengan pelbagai ragam manusia seperti rakan sekerja, pelanggan dan individu lain.
Bagi mengelakkan sebarang kekusutan, tariklah nafas sedalam-dalamnya dan hembus perlahan-lahan. Ulang 2 hingga 3 kali. Lega tak?
2. Jawab soalan dengan penuh yakin
Walau apa jua bentuk soalan yang diajukan, anda jawablah dengan penuh yakin, tepat dan jujur.
Kebolehan menjawab soalan dengan baik memberi gambaran awal yang anda seorang yang boleh diharap, matang dan professional.
Jika tidak tahu, katakan "Maaf, saya tidak pasti mengenai hal tersebut". Usah mengundang risiko dengan "menggoreng" panel tersebut.
Awas! Jangan fikir mereka tidak tahu yang anda sedang BERBOHONG!
3. Sentiasa bersopan-santun
Seteruk manapun layanan panel terhadap anda, cuba kekalkan sikap bersopan-santun. Semua ini adalah chobaan "cubaan" awal buat anda.
Biarpun diasak bertalu-talu dengan komen yang menyakitkan hati, bawalah bersabar. Tenangkan hati. Hadapilah ia dengan positif. Anda tidak akan rugi berdepan dengan situasi sebegini. Ia adalah pengalaman yang akan mematangkan anda.
Kekalkan sikap sopan-santun ini bukan setakat apabila keluar daripada ruangan temuduga saja. Tetapi, ada baiknya anda teruskan hinggalah keluar daripada kawasan syarikat.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
0 comments:
Post a Comment