Pages

Hati anda pasti berdebar-debar dup.. dap.. dup.. dap.. bila hari temuduga semakin hampir. 1001 macam perasaan yang timbul. Itu tak kena. Ini tak tak kena. Serba serbi tak kena. Aikkk! Macam nak kahwin la pulak.

Itu tandanya anda normal. Jadi, usah GELABAH. Redakan debaran anda. Tip menghadiri temuduga berikut dibawakan khas bagi menenangkan jiwa anda yang sedang lara. Ewah..ewah...ewah.


1. Tingkatkan kebolehan dan keupayaan anda untuk menjawab soalan temuduga. Banyakkan membaca berkenaan isu-semasa dan buat ulangkaji mengenai bidang anda.


2. Persiapkan diri untuk menjawab soalan yang mencabar. Adakalanya soalan yang disoal, anda tak menduganya langsung. Apesal aku boleh tak terfikir soalan tu semalam


3. Antara soalan yang ditanya mengenai cara anda mengendalikan sesuatu masalah yang dihadapi. Ataupun anda diberikan satu situasi, apakah respon anda.


Ada banyak lagi soalan yang kemungkinan besar akan ditanya ketika temuduga. Jika anda kesuntukan masa, boleh dapatkan ebook lulus temuduga kerja ini.

Teknik Menjawab Soalan Temuduga


4. Tonjolkan nilai tambah yang ada pada diri saudara/saudari. Aspek ini penting dalam membezakan anda dengan calon lain pada mata panel penemuduga.


5. Kenalpasti kelebihan tertentu yang anda mampu tawarkan pada syarikat. Kelebihan tersebut mestilah sesuatu yang bakal memberi manfaat kepada syarikat.

Jika syarikat tidak menerima anda bekerja, mereka akan RUGI.


6. Anda berpengalaman luas dalam bidang yang dipohon? Bagus. Nyatakan pengalaman tersebut dan berikan gambaran yang ia mampu memajukan syarikat selangkah ke hadapan.


7. Ambil tahu skop tugas jawatan yang saudara/saudari pohon. Sesetetengah panel akan menguji dengan mengemukakan soalan yang bersangkut paut dengan jawatan tersebut.


8. Bayangkan masa depan kerjaya anda dalam syarikat tersebut. Selalunya dalam masa 5 tahun akan datang. Ceritakan di manakah kedudukan anda dan pencapaian yang boleh disumbang.

Cuba beri atau ciptakan KEJUTAN kepada penemuduga. Ini bagi membolehkan panel nampak akan potensi yang ada dalam diri anda.

Secara tidak langsung, anda telah memberikan saingan sengit kepada calon lain. HEBAT, kan?



#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Bank Negara Malaysia (BNM) membuka peluang kepada siswazah yang masih menganggur menyertai program pembangunan kemahiran. Ia ditaja sepenuhnya oleh BNM. Bagi saudara saudari yang ingin meningkatkan peluang mendapat pekerjaan, program ini merupakan salah satu platform terbaik.

Berikut adalah iklan di akhbar dan screenshot daripada laman rasmi BNM.


Iklan versi BM



Iklan versi BI


Anda boleh memuatturun borang permohonan ataupun memohon secara atas talian di laman web BNM. Maklumat penuh boleh saudara saudari lihat secara terus di laman rasmi Bank Negara Malaysia.


P.S: Mohon maaf sebab gambar kurang jelas.




#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
0
Penemuduga yang bakal menemuduga anda juga manusia biasa. Lain orang tentulah lain sifat dan karakternya. Ada yang peramah, lemah lembut, selamba, tegas, garang mahupun kasar. 


Contoh panel penemuduga

Sebagai calon, anda perlulah persiapkan mental dan fizikal. Mesti berupaya menyerap tekanan yang bakal ditempuhi. Gunakan kebijaksanaan anda semasa berhadapan situasi tertentu.


Ikuti tip berkenaan jika anda berdepan dengan panel yang agak kasar;



1. Sentiasa berfikiran terbuka dan positif


Anggaplah panel tersebut bersikap sedemikian kerana bersebab. Beliau sengaja mahu menguji tahap kemampuan anda. Terutamanya apabila bekerja di bawah tekanan tinggi. Begitu juga dengan reaksi spontan anda semasa berdepan dengan pelbagai ragam manusia seperti rakan sekerja, pelanggan dan individu lain.

Bagi mengelakkan sebarang kekusutan, tariklah nafas sedalam-dalamnya dan hembus perlahan-lahan. Ulang 2 hingga 3 kali. Lega tak?



2. Jawab soalan dengan penuh yakin

Walau apa jua bentuk soalan yang diajukan, anda jawablah dengan penuh yakin, tepat dan jujur.

Kebolehan menjawab soalan dengan baik memberi gambaran awal yang anda seorang yang boleh diharap, matang dan professional.

Jika tidak tahu, katakan "Maaf, saya tidak pasti mengenai hal tersebut". Usah mengundang risiko dengan "menggoreng" panel tersebut.

Awas! Jangan fikir mereka tidak tahu yang anda sedang BERBOHONG!



3. Sentiasa bersopan-santun


Seteruk manapun layanan panel terhadap anda, cuba kekalkan sikap bersopan-santun. Semua ini adalah chobaan "cubaan" awal buat anda.

Biarpun diasak bertalu-talu dengan komen yang menyakitkan hati, bawalah bersabar. Tenangkan hati. Hadapilah ia dengan positif. Anda tidak akan rugi berdepan dengan situasi sebegini. Ia adalah pengalaman yang akan mematangkan anda.

Kekalkan sikap sopan-santun ini bukan setakat apabila keluar daripada ruangan temuduga saja. Tetapi, ada baiknya anda teruskan hinggalah keluar daripada kawasan syarikat. 


#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Manusia biasa pasti melakukan kesilapan. Tiada yang 100% sempurna. Mesti ada silap sikit di mana-mana. Cuma sedar dengan tidak saja. Dari itu, belajarlah daripada kesilapan. Betulkan mana yang silap. Hidup anda pasti bertambah baik.

Sama situasinya apabila anda menghadiri temuduga. Kali pertama ditemuduga, pasti terlalu banyak kesilapan yang dilakukan. Serba kekurangan. Terutamanya bagi lepasan SPM, STPM, diploma mahupun pemegang ijazah pertama.


Mulai sekarang, usah ulangi kesilapan yang tak sepatutnya. Sila betulkan mana-mana kesilapan berikut:-


1. Resume yang terlalu panjang

Pastikan kandungannya padat dan ringkas. Tidak melebihi 2 mukasurat. Resume anda tak sepatutnya mengandungi maklumat yang tiada kaitan langsung dengan jawatan yang dipohon.

Resume temuduga - Kerja-KerajaanDotCom


2. Bersikap sambil lewa/ambil mudah

Anda mesti serius dengan setiap sesi temuduga yang bakal dihadiri. Usah terlalu yakin yang anda pasti diterima mengisi kekosongan yang ada. Persaingan semakin sengit dari masa ke semasa. Buatlah persiapan secukupnya.


3. Berasa seram sejuk bila tiba giliran

Situasi ini biasa terjadi. Boleh dikatakan semua calon akan melaluinya. Cuma pastikan anda dapat mengawal rasa gemuruh atau seram sejuk. Usah biarkan ia menggagalkan usaha anda untuk beraksi lebih baik sepanjang proses temuduga.


4. Tiba lewat ke tempat temuduga

Elemen ketepatan masa amat penting. Menunjukkan anda seorang yang berdisiplin tinggi dan boleh dipercayai. Pastikan datang 15-30 minit lebih awal.


5. Memakai pakaian yang kurang/tidak sesuai

"First impression" amat penting dalam temuduga. Pakai pakaian yang formal, sopan serta kemas. Pemilihan warna juga memainkan peranan. Ketahui etika pemakaian semasa temuduga.


6. Mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir

Berfikir sebelum bercakap. Setiap pertuturan anda akan dinilai oleh panel. Jawab mengikut apa yang dikehendaki.


#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Tak kenal maka tak cinta. Ungkapan ini sering kita dengar ketika bertemu dengan seseorang yang belum dikenali. Samalah konsepnya apabila berdepan dengan panel penemuduga. Bukannya disuruh bercinta tetapi anda perlu menambat hati mereka dengan membuktikan anda adalah calon paling layak untuk mengisi jawatan yang dipohon.


Buat permulaan, sila jaga adab anda ketika memperkenalkan diri:-


1. Bila tiba giliran anda untuk ditemuduga, pastikan ketuk pintu terlebih dahulu.

2. Setelah mendapat keizinan, barulah anda masuk ke dalam ruangan temuduga.

3. Beri salam atau ucapan selamat kepada semua panel yang berada di situ.

4. Pastikan anda bersemangat dan usah lokek untuk melemparkan senyuman.

5. Hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan dengan panel yang ada. Pastikan anda berjabat tangan dengan erat.




6. Anda hanya perlu duduk jika disuruh atau dipersilakan duduk oleh panel. Duduk tegak dengan kedudukan tangan mesti berada di bawah siku. Letakkan tangan pada peha.

7. Tunjukkan bahawa anda seorang yang peka dengan mencondongkan badan ke hadapan sedikit.


Dengan mempamerkan adab sopan, sebenarnya ia menunjukkan anda seorang yang menghormati orang lain. Bila anda menghormati orang lain, orang lain juga akan menghormati anda.


#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
0
Kata orang, kalau nak pergi temuduga, "first impression" tu penting. Sebab para panel masih belum mengenali dengan jelas siapa diri anda. Mereka hanya mampu menilai menerusi prestasi semasa yang anda tonjolkan pada saat itu. Mahu atau tidak, anda mesti menggunakan kesempatan terhad itu dengan mempamerkan kualiti dan kredibiliti diri sebaik mungkin.

Kelihatannya macam tak adil, bukan? Tapi itulah situasi yang perlu anda tempuhi. Bersaing secara sihat dengan calon lain untuk dipilih menjawat sesuatu jawatan yang dipohon.


Sebagai garis panduan, persiapkan diri anda dengan melengkapkan senarai semak berikut:


1. Berpakaian kemas. Walau apa jawatan yang anda pohon, aspek pakaian teramatlah penting. Tak syak lagi.

Ini kerana pada pandangan pertama panel, karisma anda dapat dilihat melalui aspek pemakaian. Begitu juga dengan tingkah laku yang menyenangkan dan riak muka yang bersemangat.


2. Ketepatan masa. Datang lebih awal kira-kira 30 minit daripada waktu temuduga.

Datang awal bermakna anda mempunyai lebih masa untuk bersedia. Barulah tak kelam-kabut dan nampak lebih tenang.


3. Susun segala dokumen yang diperlukan dengan teratur. Sama ada sijil asal mahupun salinannya.

Letakkannya dalam satu fail khas. Jikalau panel ingin melihat dokumen asal ataupun sekadar mahukan salinannya saja, mudah untuk anda memberikannya.

Secara tak langsung, anda telah menunjukkan kepada panel bahawa anda seorang yang bersistematik.


4. Semasa berkomunikasi dengan penemuduga, lontaran suara anda hendaklah terang dan jelas. Jawab dengan penuh yakin dan ikhlas. Elak juga daripada tergagap-gagap.

Beri idea yang bernas dan tunjukkan yang anda berpendirian tegas. Tunjukkan yang anda seorang yang luas pengetahuan.

Semasa anda menjawab soalan, pandanglah pada panel yang bertanya. Usah sesekali tundukkan kepala. Yakinlah dengan setiap jawapan anda.


5. Untuk tampil lebih yakin, buatlah sedikit kajian mengenai syarikat yang memanggil anda ke sesi temuduga. Antaranya seperti latarbelakang dan maklumat lain berkenaan syarikat tersebut.

Ini menandakan yang anda amat berminat berkhidmat di syarikat terbabit.


6. Sekiranya panel bertanyakan sama ada anda mempunyai sebarang soalan di akhir sesi temuduga, ambillah kesempatan yang diberikan.

Tanyalah sesuatu yang berkaitan dengan syarikat ataupun skop jawatan yang dipohon. Tunjukkan anda seorang yang komited dan bersedia pada bila-bila masa saja untuk berkhidmat dengan syarikat.


7. Sebagai nilai tambah, nyatakan kemahiran tambahan yang anda miliki. Contohnya dari segi bahasa. Selain Bahasa Melayu dan Inggeris, mungkin anda boleh berbahasa Arab, Jepun, Jerman, Perancis, Mandarin ataupun Itali.

Sekiranya syarikat tersebut adalah syarikat multinasional, ianya boleh memberikan sedikit kelebihan buat anda.


#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
0
Selain terus ke syarikat, kilang mahupun tempat majikan yang menawarkan pekerjaan, anda boleh mencari pekerjaan yang bersesuaian di internet. Nak kerja sepenuh masa atau "part time"? Semuanya ada.

Sebenarnya, medium internet menawarkan anda lebih ruang dan peluang. Lebih memudahkan proses mencari kerja itu sendiri. Selain mencari kerja, anda perlu lebih pro-aktif dengan mengiklankan diri sendiri. Itulah kemudahan yang perlu dimanfaatkan.

Selari dengan itu, anda mestilah memahirkan diri dengan asas penggunaan internet. Perlulah tahu menghantar fail resume melalui emel, mencari laman web syarikat yang menawarkan jawatan kosong serta mendaftar

dengan laman web khas untuk pencari kerja seperti anda di JobsMalaysia.gov.my, SPA.gov.my, JTKSM.mohr.gov.my dan Jobstreet.com.my.



Atas kesedaran internet lebih mudah serta menjimatkan kos, syarikat kecil ataupun besar mengiklankan kekosongan jawatan secara atas talian. Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional sendiri turut membuka peluang kepada umum melalui cara ini. Anda cuma perlu RAJIN mencari. Itu sahaja.




Selain itu, Kementerian Sumber Manusia turut menyediakan Sistem Penjodohan Pekerjaan (JCS). Melaluinya, anda lebih mudah mencari pekerjaan yang sesuai. Para majikan pula akan mengenalpasti calon bagi mengisi kekosongan di syarikat mereka.


Anda buat permohonan dan pihak majikan akan menguruskannya. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA.


Bagi golongan kurang upaya, sila rujuk di laman web Jabatan Tenaga Kerja. Ada ruangan khas Pendaftaran Pekerjaan Dan Penjodohan Kerja Orang Kurang Upaya (Spoku).




Para majikan yang memerlukan anda turut mengiklankan kekosongan jawatan di situ.


#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#
Sekiranya anda merasakan tips temuduga ini berguna dan ingin menyebarkannya kepada umum, silalah berbuat demikian. Usaha anda amat dialu-alukan. Cuma anda perlulah meletakkan sekali link asal blog ini iaitu http://tipslulustemuduga.blogspot.com
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai.
#-----------------------------------------------------------------------------------------------------#

Asyik terlepas tips temuduga? Sila masukkan emel anda pada ruangan di bawah untuk memperoleh tips terkini:

Dibawakan khas oleh FeedBurner